Kerjaya lakonan Faizal_Hussein

1972–1999: Tahun terawal dan kejayaan

Faizal membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem Darah Panglima pada tahun 1972.

Memulakan langkah di pentas lakonan sejak 1982 menerusi filem Senja Merah, beliau melonjak naik selepas membintangi Gila-Gila Remaja pada 1986 sebagai Azroy. Diarahkan bapanya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, ia memberi impak besar untuk Faizal membuktikan darah seni diwarisi.

2000–2006: Pengiktirafan meluas

Selepas itu beliau sering mendapat perhatian ramai dan membintangi beberapa filem yang menampilkan beliau memegang watak protagonis. Selepas hampir 3 tahun tidak muncul dalam filem, beliau akhirnya mendapat tawaran membawa watak antagonis menerusi Leftenan Adnan. Percubaan beliau berhasil, dan membawa kepada pelbagai watak hitam yang beliau bawa dalam filem, mahupun drama.

Faizal muncul bersama Saiful Apek dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Yusof Kelana yang ditayangkan pada 25 November 2003.[4]

2007–2012: Pasca zaman kegemilangan

Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu.

2013–kini: Kejayaan berterusan

Pada tahun 2013, Faizal kembali menjayakan watak sebagai Azroy dalam filem arahan V. Nagaraj, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan bapanya.[5] Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris, Taiyuddin Bakar, Fizz Fairuz dan Bella Dally.

Pada 17 Januari 2015, Faizal memegang watak utama bersama Sari Yanti dalam telefilem Penjara Seorang Isteri yang berkisarkan tentang perkahwinan Salmah dengan Zaid yang berlaku atas dasar suka sama suka dan perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Dalam telefilem ini, yang berdasarkan dari satu kisah benar, Faizal menjayakan watak sebagai Zaid.

Bekerja di bawah arahan Pekin Ibrahim, Faizal menjayakan watak lakonannya sebagai Pit dalam filem Mat Moto yang ditayangkan pada 14 Januari 2016.[6]